Tiada kelibat Putera Harry di balkoni istana

Putera Harry dan Putera Andrew (kanan) meninggalkan majlis selepas hadir ke istiadat pertabalan Raja Charles III. - Foto AFP
Putera Harry dan Putera Andrew (kanan) meninggalkan majlis selepas hadir ke istiadat pertabalan Raja Charles III. - Foto AFP
A
A
A

LONDON - Putera Harry yang merupakan putera bongsu Raja Charles III dilihat menghadiri istiadat pertabalan bapanya di Westminster Abbey pada Sabtu.

Memetik Reuters, Harry dilihat duduk kerusi di barisan ketiga namun tidak muncul di balkoni untuk acara melambai ke orang ramai di hadapan Istana Buckingham.

Terdahulu, kehadiran Harry yang kini menetap di California menjadi topik perbincangan hangat masyarakat sama ada akan hadir ke istiadat pertabalan Raja Charles III.

Anggota tentera berusia 38 tahun yang pernah berkhidmat di Afghanistan itu tiba di biara Westminster sambil tersenyum dan berpakaian sut dilihat segak memakai pingat di dada.

Walau bagaimanapun, isterinya Meghan Markle dan dua anaknya, Archie dan Lilibet Diana kini berada di Amerika Syarikat.

Putera Harry dilihat tidak melakukan sebarang tugas rasmi di upacara istiadat itu dan hanya menyaksikan ketika abangnya Putera William selaku pewaris takhta, bersujud di hadapan Raja Charles III yang berikrar untuk sentiasa taat setia.

Detik itu turut menerima sorakan orang ramai di luar Westminster Abbey yang menjadi lokasi bagi semua pertabalan sejak 1066.

Dalam pada itu, Putera Andrew yang merupakan adik Raja Charles III juga ‘dibekukan’ kerana kaitan beliau dengan eksekutif kewangan kontroversi, mendiang Jeffrey Epstein dan dakwaan pencabulan yang diselesaikan di luar mahkamah.

Selain menjadi pertabalan pertama dalam 70 tahun, ia adalah yang pertama bagi seorang raja sejak 1937. Ia hanya yang kedua disiarkan di televisyen dan yang pertama dalam warna dan distrim dalam talian. - Awani

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!