Sembilan maut tembakan di pusat beli-belah AS
AUSTIN - Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah yang sibuk negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.
Insiden tembakan di Allen Premium Outlets, pinggir bandar Dallas itu turut mencederakan tujuh mangsa dengan tiga daripadanya kritikal.
Mangsa yang dimasukkan ke hospital berumur antara lima hingga 61 tahun.
Polis menolak serangan sekitar jam 3.36 petang (waktu tempatan) itu ada kaitan dengan pengganas dan mengesahkan penyerang bertindak bersendirian.
"Pegawai yang dikerah lokasi kejadian telah menembak mati penyerang," kata Ketua Jabatan Polis Allen, Brian Harvey.
Serangan di Allen merupakan insiden tembakan ke-190 yang direkodkan di AS sepanjang tahun ini.
Pada 2020, kadar pembunuhan melibatkan senjata api di AS adalah tertinggi dalam suku abad ini dengan 6.1 kematian bagi setiap 100,000 penduduk. – Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!