Polis tahan pembantu pendakwah terkenal

No Image Caption
A
A
A

KANGAR - Pembantu kepada seorang pendakwah terkenal ditahan polis kerana didakwa menghina agama Hindu.

Tangkapan ke atas lelaki berusia 34 tahun itu dibuat sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar, di Arau kira-kira jam 1 pagi, semalam.

Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Noor Mushar Mohd berkata, tangkapan lelaki terbabit susulan laporan yang diterima berhubung video ceramahnya yang dimuat naik di laman Youtube dan didakwa menjurus kepada isu-isu sensitiviti terhadap perkauman.

Menurutnya, siasatan mendapati video tersebut adalah berkaitan ceramah yang diadakan di Kampung Panchor, Kelantan pada 30 Disember tahun lalu.

"Terdapat 115 komen dan 11,925 tontonan berkaitan video yang dimuat naik di dalam akuan Youtube terbabit.

"Dia (Zamri Vinoth) kini disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Bukit Aman untuk proses merakam keterangan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Noor Mushar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan di atas alasan agama, suasana tidak harmoni, perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci-membenci dan berniat jahat atau memudaratkan.

"Kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian," katanya.

Artikel Berkaitan:

"Polis juga akan mendapatkan butiran pemilik akaun Youtube itu daripada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membantu siasatan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!