PRN: Pembahagian kerusi PN hampir selesai - Hamzah
LARUT - Perbincangan mengenai pembahagian kerusi parti-parti dalam Perikatan Nasional (PN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri telah hampir selesai.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, cuma terdapat beberapa kerusi yang masih belum dimuktamadkan.
"Banyak kali dah kita bincang, Insya-Allah tinggal tiga atau empat kerusi yang perlu kita lakukan perbincangan lebih lanjut," katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut di sini, pada Ahad.
PRN di enam negeri tahun ini melibatkan Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
Mengenai Pemilihan Bersatu 2023, Hamzah yang juga Setiausaha Agung Bersatu berkata, pemilihan parti akan diadakan setelah selesai PRN di enam negeri berkenaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!