Polis buka kertas siasatan kemalangan lori, motosikal tular

Video tular memaparkan kemalangan melibatkan sebuah lori dan penunggang motosikal di LDP pada Jumaat.
Video tular memaparkan kemalangan melibatkan sebuah lori dan penunggang motosikal di LDP pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kemalangan membabitkan lori dan motosikal di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) yang tular di media sosial, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, video itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook Aidan Ahmad dalam halaman Facebook Dashcam Owners Malaysia yang memaparkan kemalangan jalan raya membabitkan dua buah kenderaan.

"Berdasarkan rakaman itu, kejadian berlaku di LDP dari arah Puchong menghala ke Kepong pada jam 3.30 petang, Jumaat.

"Laporan polis sudah dibuat oleh pemandu lori berkenaan, kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berhampiran atau berhubung dengan Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Sarjan Muhamad Aizuddin Awang di talian 013-9003499 bagi membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!