Politik stabil, nasib rakyat terbela - PM
SEREMBAN - Kerajaan yang dibentuk ketika ini perlu kukuh dan stabil bagi memastikan pembangunan ekonomi dapat membangun pesat sekali gus membolehkan nasib rakyat dapat dibela.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keyakinan syarikat-syarikat gergasi melabur dalam negara juga adalah berlandaskan kestabilan politik negara ketika ini.
Beliau berkata, ia termasuk syarikat automotif Geely dan Amazon Web Service (AWS) yang membuat pelaburan besar di negara ini baru-baru ini susulan yakin dengan pimpinan dan kestabilan serta masa depan Malaysia.
"Bayangkan sekarang saya boleh duduk sekali dengan Presiden UMNO, malam ini bersama Premier Sarawak, Abang Johari dan Hajiji, Ketua Menteri Sabah.
"Ini menunjukkan kesediaan pimpinan memastikan kerajaan ini kuat dan stabil, ini telah kita lakukan, Alhamdulillah penghargaan rakan-rakan kerana kerjasama ditunjukkan, kita bulatkan fikiran kalau kerajaan dan negara tak stabil ekonomi tak dapat di atur, tanpa pemacuan ekonomi nasib rakyat tak dibela," katanya. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!