Majlis santapan, konsert meriahkan sambutan pertabalan Raja Britain
LONDON - Sambutan pertabalan diraja Britain diteruskan pada Ahad dengan majlis santapan diraja yang dihadiri oleh kerabat diraja dan konsert 'star-studded' di Istana Windsor.
Raja Charles III dan Raja Permaisuri Camilla akan menyertai kira-kira 20,000 orang awam pada konsert pertabalan bersama kaum kerabat lain, dan menyaksikan persembahan 'Take That' oleh Katy Perry dan Lionel Richie, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Terdapat juga persembahan oleh Paloma Faith, Olly Murs, pemain gitar rock veteran, Steve Winwood, Nicole Scherzinger dan pemain piano Cina, Lang Lang.
Menjelang persembahan pada petang Ahad, beribu-ribu pesta jalanan dijangka diadakan dan orang ramai digalakkan untuk berkumpul di seluruh negara untuk 'Coronation Big Lunch'.
Pada Sabtu, istiadat pertabalan diraja itu menghimpunkan kira-kira 100 ketua negara, raja dan permaisuri dari seluruh dunia, selebriti, dan kaum kerabat serta rakan-rakan Charles dan Camilla.
Pasangan itu sebelum ini mengenakan mahkota serta sepersalinan mewah ketika muncul di balkoni Istana Buckingham di saat orang ramai membanjiri kawasan itu meskipun hujan turun lebat. - Bernama-dpa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!