6 maut, 9 cedera akibat serangan udara di Ukraine

Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera akibat serangan udara yang melanda wilayah Kharkiv dan Kherson, Ukraine awal Ahad - Foto EPA
Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera akibat serangan udara yang melanda wilayah Kharkiv dan Kherson, Ukraine awal Ahad - Foto EPA
A
A
A

ANKARA - Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera akibat serangan udara yang melanda wilayah Kharkiv dan Kherson, Ukraine awal Ahad, lapor Agensi Anadolu.

"Wilayah Kharkiv, daerah Izium, bandar Balaklia.

"Russia melancarkan serangan peluru berpandu. Difahamkan lima orang cedera," dakwa ketua Pejabat Presiden Ukraine, Andriy Yermak di Telegram.

Sementara itu, Gabenor Kharkiv Oleh Synyehubov berkata, bahawa semua perkhidmatan kecemasan berada di lokasi serangan.

Synyehubov menambah bahawa tiga daripada lima mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah.

Gabenor Kherson, Oleksandr Prokudin mendakwa bahawa enam orang terbunuh manakala empat lagi cedera akibat serangan yang sama sepanjang hari lalu.

Prokudin mendakwa serangan itu menyasarkan "kawasan kediaman dan kawasan berpenduduk di rantau itu. Manakala 27 orang telah dipindahkan dari wilayah berkenaan," katanya.

Krisis Rusia-Ukraine, kini berlanjutan selama 14bulan telah mengorbankan nyawa 8,709 orang awam dan mencederakan 14,666, menurut angka terbaharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. - Bernama-Anadolu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!