PM, pimpinan utama Kerajaan Perpaduan tiba di WTC
Beberapa pimpinan utama parti komponen turut tiba WTC bagi menghadiri mesyuarat tersebut.
Antaranya, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan dan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Kehadiran pimpinan tersebut juga bagi menyertai mesyuarat yang dijangka akan bermula pada jam 8 malam ini.
Perbincangan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dipercayai membincangkan mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri serta penyusunan gerak kerja antara 19 parti politik dalam Kerajaan Perpaduan.
Petugas media difahamkan telah berada di pekarangan lobi Menara Dato Onn, WTC sejak jam 7 petang bagi membuat liputan mengenai mesyuarat berkenaan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!