Nasib malang turut timpa skuad hoki dalam dewan wanita

Nor Isahhidun (kanan) mengelecek penjaga gol Thailand Somlak Suttiprapa pada aksi final di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar pada Ahad. - Foto AFP
Nor Isahhidun (kanan) mengelecek penjaga gol Thailand Somlak Suttiprapa pada aksi final di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

SKRIP yang sama.

Giliran skuad hoki dalam dewan wanita pula gagal mengekalkan pingat emas pada Sukan SEA 2023 apabila tumpas pada aksi final berdepan Thailand di Dinosaur Park Hall, Chroy Changvar di sini pada Ahad.

Anak buah Mohd Badrul Hisham Osman terpaksa akur untuk melepaskan pingat emas setelah dikecewakan dalam aksi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan buntu menjaringkan gol dalam permainan sebenar.

Pasukan negara tumpas 1-2 selepas hanya Raja Norsharina Raja Shahbuddin menyempurnakan pukulan penalti manakala Iren Hussin dan Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun gagal berbuat demikian.

Pada edisi 2019 di Filipina, skuad wanita negara merangkul emas selepas menewaskan Thailand 2-0 menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam permainan sebenar.

Terdahulu, skuad hoki dalam dewan lelaki negara terpaksa akur apabila tumpas 1-2 kepada Indonesia pada perlawanan akhir. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!