Kompany kekal khidmat di Burnley
PENGENDALI Burnley, Vincent Kompany menyambung kontraknya bersama The Clarets sehingga 2028 selepas memacu kelab menjuarai Liga Kejuaraan yang mengesahkan slot ke Liga Perdana Inggeris musim depan.
"Sejujurnya, tindakan kelab bola sepak Burnley dan Turf Moor merekrut Vincent Kompany satu keputusan tepat sejak awal.
"Jadi sesungguhnya ia juga adalah satu tindakan wajar untuk saya menandatanganinya bagi tempoh lima tahun lagi," kata bekas kapten Manchester City dan Belgium tersebut.
Sebagai rekod, Burnley mendapat kenaikan pangkat ke Liga Perdana Inggeris bulan lalu selepas satu musim di Liga Kejuaraan, dengan dua perlawanan berbaki.
"Bersama-sama penyokong-penyokong kami telah menjadikan Turf Moor sebagai kubu sekali lagi dan terus menantikan masa depan dan tugas untuk menjadikan Burnley lebih baik dengan setiap langkah," kata kelab itu selepas Kompany mengesahkan kekal di Turf Moor.
Burnley akan melabuh kempen Liga Kejuaraan musim ini menentang Cardiff City di tempat sendiri pada Isnin yang disusuli penyampian trofi kejuaraan liga.
"Kami sangat gembira Vincent telah menandatangani perjanjian baharu. Dia amat sesuai dengan filosofi kelab sebagaimana kita semua mahu Burnley bergerak ke hadapan.
"Seorang pemimpin yang luar biasa, menetapkan standard yang lebih tinggi dan memacu kelab Burnley ke tahap yang kami semua mahu capai pada masa hadapan," kata pengerusi Burnley, Alan Pace.
Kejayaan Burnley juga menyaksikan pelaburan baharu datang daripada bekas pemain Liga Bola Sepak (NFL) Amerika Syarikat (AS) J.J. Watt dan isterinya Kealia Watt, bekas pemain bola sepak AS.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!