Setia Alamsari lancar fasa pertama Aderyn

Aderyn merupakan fasa pertama di bawah koleksi ANDRA yang terletak di Setia Alamsari, Kajang.
Aderyn merupakan fasa pertama di bawah koleksi ANDRA yang terletak di Setia Alamsari, Kajang.
A
A
A

SHAH ALAM - Pembangunan perbandaran oleh S P Setia di Kajang, Selangor, Setia Alamsari telah melancarkan fasa pertama Aderyn di bawah koleksi ANDRA, koleksi pertama rumah permulaan perbandaran itu, baru-baru ini.

Pengurus Besar S P Setia, Koh Sooi Meng berkata, perbandaran itu melancarkan 108 unit pertama Aderyn yang terdiri daripada sejumlah 174 rumah teres dua tingkat.

Beliau berkata, fasa itu dianggarkan mempunyai nilai pembangunan kasar RM125.7 juta dengan julat harga RM667,000 hingga RM955,000.

“Permintaan untuk rumah teres adalah stabil bagi kami kerana lebih ramai pembeli atau keluarga kali pertama dari kawasan seperti Seremban, Nilai, Sepang dan Semenyih ingin meningkatkan peluang untuk memiliki kediaman tanah pegangan bebas baharu di perbandaran yang terancang seperti Setia Alamsari di kawasan Kajang selain berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur.

Chime Trellis di Aderyn, Setia Alamsari.
Chime Trellis di Aderyn, Setia Alamsari.

“Dengan harga berpatutan, S P Setia yakin dapat merekodkan penerimaan yang baik untuk Aderyn berikutan sambutan menggalakkan daripada pertanyaan yang kami terima sejak ‘soft launch’ pada Februari sebelum pelancaran rasmi akhir Mac,” katanya dalam satu kenyataan.

Sooi Meng berkata, dibina dalam komuniti berkawal, rumah Aderyn mempunyai keluasan tanah 20 kaki X 65 kaki dengan binaan luas antara 1,685 kaki persegi hingga 1,938 kaki persegi dan direka bentuk untuk berorientasikan Utara-Selatan.

“Aderyn juga memenuhi permintaan untuk banyak bilik dengan memaksimumkan ruang sepenuhnya untuk menawarkan empat bilik tidur dan tiga bilik mandi dalam binaan rumah permulaan.

“Menimbulkan rasa tenang, seni bina Aderyn ialah keseimbangan sempurna unsur kegembiraan, ketenangan dan kemesraan disumbangkan oleh muka depannya yang minimum, namun elegan dan cara ia menghubungkan penduduk dengan alam semula jadi melalui lapan taman bertema yang terletak dalam kawasan kejiranan,” katanya.

Beliau berkata, Taman Serenity seluas tiga ekar, sebuah taman poket yang terletak bersebelahan dengan Aderyn berada dalam jarak berjalan kaki dan di situlah semua lapisan masyarakat boleh pulih semula di ruang luar biasa yang estetika seperti Chime Trellis dan The Hut sambil menyelami landskap yang subur.

The Hut yang terdapat di Taman Serenity Aderyn, Setia Alamsari.
The Hut yang terdapat di Taman Serenity Aderyn, Setia Alamsari.

Setia Alamsari meliputi kawasan tanah pegangan bebas seluas 775 ekar di Kajang, Selangor dengan nilai pembangunan kasar RM5.1 bilion, pembangunan kediamannya dengan konsep reka bentuk tropika menawarkan rumah superlink, semi-d bersambung dan banglo.

Sebelum ini, Setia Alamsari melancarkan fasa komersial pertamanya, Emporia, pada Ogos tahun lalu yang telah dijual sepenuhnya. 30 unit pejabat kedai dua tingkatnya disasarkan siap menjelang 2025.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!