Nelayan ditemui terapung bawah Jambatan Pulau Pinang

Mayat nelayan yang dilaporkan hilang dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban.
Mayat nelayan yang dilaporkan hilang dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin di Batu Uban.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Mayat nelayan yang dikhuatiri hilang selepas terjatuh daripada botnya di peraian Sungai Semilang, Batu Kawan di sini pagi tadi telah ditemui.

Mayat Md Kassim Chat, 65, ditemui dalam keadaan terapung berhampiran tiang nombor 73 Jambatan Pulau Pinang oleh seorang pemancing kira-kira jam 4.20 petang.

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, Pasukan Polis Marin (PPM) telah membawa mayat berkenaan ke Jeti PPM di Batu Uban sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Nelayan dikhuatiri hilang

"Mayat mangsa ditemui masih berpakaian oleh pemancing di tiang nombor 73 Jambatan Pulau Pinang dari arah pulau menuju ke Perai.

"Dengan penemuan mayat berkenaan, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah dihentikan pada jam 5 petang tadi," katanya.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang nelayan yang dikhuatiri hilang selepas terjatuh daripada botnya di peraian Sungai Semilang, Batu Kawan di sini pagi tadi

Mangsa yang juga seorang pesara polis dikatakan keluar ke laut dari jeti pada jam 6 pagi namun botnya ditemui oleh beberapa nelayan di muara sungai berkenaan pada jam 11 pagi.

Bagaimanapun dia tidak berada di atas bot terbabit.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, selepas bersara mangsa aktif turun ke laut bagi mencari rezeki sejak lapan tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!