PM rasmi ibu pejabat baharu KWSP

Anwar (tengah) merasmikan bangunan ibu pejabat baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kwasa Damansara, Shah Alam, pada Isnin. - Awani
Anwar (tengah) merasmikan bangunan ibu pejabat baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kwasa Damansara, Shah Alam, pada Isnin. - Awani
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin merasmikan bangunan ibu pejabat baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kwasa Damansara, di sini.

Menara KWSP yang siap dibina pada Jun tahun lalu itu merangkumi keluasan 2.1 hektar dengan lebih 2,200 kakitangan ditempatkan di situ.

Dengan pembukaan menara itu, KWSP cawangan Kwasa Damansara turut beroperasi di bangunan tersebut.

Selain kemudahan surau, klinik dan gimnasium, lebih 1,000 tempat letak kereta disediakan untuk kakitangan dan pelanggan.

Perpindahan ibu pejabat KWSP dari bangunan KWSP di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur ke Manara KWSP Kwasa Damansara dilaksanakan secara berperingkat bermula Jun 2022.

Pejabat baharu itu melengkapkan rangkaian cawangan KWSP di Shah Alam serta menawarkan perkhidmatan kepada ahli dan majikan bagi urusan berkaitan pendaftaran, penamaan, pengeluaran serta khidmat nasihat persaraan

Menara KWSP itu juga mendapat status Indeks Bangunan Hijau bertaraf platinum, sekali gus mengikiraf KWSP terhadap nilai konsep hijau dan amalan lestari. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:PM ulang pendirian tidak benarkan pengeluaran KWSP

ARTIKEL BERKAITAN:Syor KWSP majikan naik 20 peratus belum dibincang - PM

ARTIKEL BERKAITAN:PM gesa KWSP tingkat pelaburan kepada 70 peratus

ARTIKEL BERKAITAN:KJ dakwa pengumuman KWSP oleh PM tidak cermat

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!