Hadkan bendera, sepanduk semasa pilihan raya - Tun M
08 Mei 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 8 MEI
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan jumlah bendera, sepanduk atau papan iklan dihadkan bagi setiap kawasan ditandingi semasa pilihan raya bagi menjimatkan perbelanjaan, sekali gus mampu mengurangkan risiko rasuah.
Jelasnya, jika kerajaan benar-benar ingin hapuskan rasuah, cara terbaik ialah dengan hadkan perbelanjaan parti semasa pilihan raya.
Selain itu, sogokan boleh dikurangkan dengan orang ramai menggunakan kamera untuk merekod dan melapor.
Jelas Tun Mahathir, sogokan kepada pengundi boleh disembunyi tetapi amalan sogokan secara terbuka seperti dilakukan semasa PRU-15 akan dapat dikurangkan.
Pada masa sama, beliau berkata, paling penting adalah hadkan keghairahan memasang bendera, sepanduk dan papan iklan agar pertandingan menjadi lebih adil sekali gus dapat mencegah rasuah.
Artikel: https://bit.ly/3B5TIqK
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian