Arteta bangga Arsenal lepasi ujian St James' Park

Arteta
Arteta
A
A
A

MIKEL Arteta akui bangga dengan gaya permainan Arsenal yang tenang mengekalkan cabaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas melakar kemenangan sukar ke atas Newcastle United di Stadium St James' Park.

Biarpun angkatan The Magpies kendalian Eddie Howe mengadu secara konsisten mengenai pembaziran masa di pihak The Gunners, terutamanya pemain tengah, Granit Xhaka yang berulang kali jatuh di padang dengan kecederaan yang dianggap Newcastle taktik penangguhan, Arteta berkata, beliau tidak mempunyai jawapan kepada rungutan pasukan tuan rumah itu.

“Perkataan yang saya boleh berikan untuk menggambarkan permainan Arsenal di St James' Park adalah kebanggaan.

“Sejujurnya apabila anda mempunyai tanda tanya perlu menyelesaikannya dengan cara yang betul dan meletakkannya dengan betul.

“Pengurusan gaya permainan adalah sesuatu yang besar dalam cara Newcastle bermain dan kami terpaksa melakukannya dengan lebih baik daripada mereka,” kata pengendali kelahiran Sepanyol itu, yang pasukannya kini berada di tangga kedua, satu mata di belakang Manchester City.

Dalam perlawanan itu, Arsenal lebih dulu memimpin separuh masa pertama hasil jaringan Martin Odegaard pada minit ke-14 separuh masa pertama sebelum gol sendiri pemain Magpies, Fabian Schar (m-71) mengesahkan kemenangan ke-25 selepas mengharungi 35 perlawanan liga.

Biarpun terdapat sedikit keraguan kesungguhan Arsenal mencabar kejuaraan sebelum perlawanan, namun Arteta berkata, pemainnya telah menjawab persoalan itu melalui persembahan yang komited.

“Ya, kami memerlukan prestasi lebih baik daripada mana-mana perlawanan musim ini, maksud di sini pemain akan memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan,” kata Arteta.

Sebelum ini harapan The Gunners untuk layak ke Liga Juara-Juara musim lalu terpadam apabila tewas di Tyneside Mei lalu.

Bagaimanapun kini, gelaran itu kekal dalam jarak yang dekat walaupun Manchester City mempunyai satu perlawanan dalam tangan.

“Kami sudah hampir sampai. Hadiahnya tidak terlalu jauh. Mari kita teruskan dan lihat apa yang berlaku,” kata Arteta.

Mengenai Xhaka dan membuang masa dia berkata: “Pasti pasukan kami tidak begitu, saya tidak mahu mendekati pertanyaan sedemikian itu. Tetapi kami telah melakukan apa yang kami perlu lakukan untuk memenangi perlawanan dan saya sangat gembira.”

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!