Sukan SEA: Kimberly raih pingat emas sulung peribadi
[KEMAS KINI] PENERJUN muda negara, Kimberly Bong menyingkap kempen skuad terjun negara di Sukan SEA Kemboja 2023 dengan percikan emas pada Isnin.
Dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita di Pusat Akuatik Morodok Techo, Kimberly memungut 276.3 mata keseluruhan.
Kimberly mengetepikan cabaran atlet Indonesia, Gladies Lariesa (perak) dan seorang lagi penerjun negara, Ong Ker Ying (gangsa).
Sebagai rekod, edisi Vietnam 2021 sebelum ini skuad terjun negara menepati ramalan apabila menyapu bersih semua lapan emas ditawarkan.
Edisi ke-32 di bumi Kemboja kali ini Persekutuan Renang Malaysia (MS) menyandarkan harapan kepada enam penerjun muda yang dipacu pengalaman dua penerjun elit, Muhammad Syafiq Puteh dan Gabriel Gilbert Daim.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!