Orang Asli bantah tanah rizab jadi Tanah Kesultanan
08 Mei 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
Orang Asli bantah tanah rizab jadi Tanah Kesultanan
BERITA SEMASA 8 MEI 2023
Lebih 200 penduduk Orang Asli dari seluruh Johor berhimpun membantah cadangan meletakkan tanah rizab Orang Asli di negeri ini di bawah kategori Tanah Kesultanan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bantahan bermula pada jam 10 pagi pada Isnin, di hadapan Pejabat Menteri Besar Johor di Kota Iskandar berlaku secara aman dengan kawalan ketat anggota polis.
Pengerusi Jaringan Perkampungan Orang Asli Johor, Dolah Tekoi berkata, memorandum bantahan turut diserahkan kepada Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi yang diterima oleh Setiausaha Sulit 2, Mohamad Iskandar Omar.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/257437/edisi/johor/orang-asli-bantah-tanah-rizab-jadi-tanah-kesultanan
#BeritaSemasa #SinarHarian