PKR positif dapatan kajian Merdeka Center

Dari kiri: Zulkifli dan Chean Chung
Dari kiri: Zulkifli dan Chean Chung
A
A
A

KUANTAN - Masa terlalu singkat untuk pimpinan PH membuktikan kewibawaan mereka kerana masih belum mencapai tempoh lima tahun pemerintahan negara.

Bendahari Agung PKR, Lee Chean Chung berkata, mentaliti sebilangan penjawat awam yang belum ditukar dan mereka masih terlalu selesa dengan budaya yang masih ada dalam sistem negara.

"Kita akui hanya Perdana Menteri, menteri dan Kabinet sahaja yang ditukar..jadi perubahan ini mengambil masa.

"Ada kebenaran di sebalik kejadian Merdeka Center. Pimpinan perlu meneliti dan mencari penyelesaian bagi mengatasi defisit keyakinan tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Semalam, firma penyelidik dari Merdeka Center mendedahkan dapatan bahawa kemerosotan kadar puas hati terhadap pentadbiran PH.

Chean Chung berkata, kebanyakan dasar yang dilakukan oleh PH adalah bersifat ‘kritikal tapi tidak popular’.

Jelasnya, sebagai contoh melaksanakan reformasi institusi mewajibkan ketelusan dan kebertanggungjawaban, larangan merokok di restoran dan sebagainya yang dilakukan kerajaan

"Kesan terhadap pelaksanaan ini sebenarnya akan dirasai dalam jangka masa panjang," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Naib Presiden Amanah Pahang, Zulkifli Mohamed berkata, dapatan hasil kajian itu perlu dititikberatkan oleh semua ahli PH.

"Saya positif terhadap kajian tersebut dan bagi saya ia boleh menjadi rujukan untuk PH. Rakyat mahu perubahan yang drastik, tapi perlu sedar berubahan yang dilakukan tidak boleh dalam tempoh singkat.

"Tempoh lima tahun harus diberikan dan kerajaan harus bekerja dengan baik dan rakyat boleh melihat perubahan yang dilakukan," katanya.

Beliau berkata, PH begitu terbuka dan mengalu-alukan semua pihak yang mahu mengemukakan hasil kajian mereka.

"Ini kerana kita bekerja untuk memastikan bahawa hak rakyat dan kepentingan rakyat akan diutamakan dalam tempoh lima tahun lagi, " katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!