Anwar hadir tonton biopik Anwar: The Untold Story

Anwar menghadiri Tayangan Perdana Filem Anwar: The Untold Story pada Isnin. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Anwar menghadiri Tayangan Perdana Filem Anwar: The Untold Story pada Isnin. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hadir ke tayangan perdana filem biopik, Anwar: The Untold Story di Pavilion di sini

Tayangan perdana filem yang memaparkan liku perjuangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dihadiri tetamu kehormat termasuk menteri, penggiat industri kreatif, selebriti tanah air serta wakil media dari luar negara.

Filem arahan sutradara Indonesia, Viva Westi ini menampilkan pelakon, Farid Kamil Zahari yang menggalas watak sebagai Bapa Reformasi itu manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa membawa watak Wan Azizah.

Anwar ketika menghadiri Tayangan Perdana Anwar: The Untold Story pada Isnin. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Anwar ketika menghadiri Tayangan Perdana Anwar: The Untold Story pada Isnin. - FOTO SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Selain Malaysia sebagai lokasi utama, filem berkenaan yang menelan belanja sebanyak RM10 juta itu menjalani penggambaran di Indonesia.

Berlatarkan tempoh masa antara tahun 1993 dan 1998, filem biopik itu merungkai perjalanan hidup Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Diterbitkan Yusrych Global bersama Zukiflee Anwar Haque sebagai penerbit eksekutif, naskhah ini juga mengangkat perjuangan figura itu menentang gejala rasuah.

Filem berkenaan yang diusahakan pembikinannya sejak 2011 bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 18 Mei ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!