Tiga kedai hangus terbakar
TANAH MERAH - Tiga deretan kedai hangus dalam kebakaran di Kampung Banggol, Jalan Lubok di sini pada awal pagi Selasa.
Kejadian berlaku pada jam 6 pagi itu membabitkan masing-masing sebuah kedai pakaian, kedai runcit dan kedai menjual makanan sejuk beku.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Zulkifli Osman berkata, setibanya bomba di tempat kejadian mendapati kebakaran sebanyak 80 peratus.
“Setakat ini, kejadian tidak melibatkan mana-mana mangsa atau kecederaan.
“Pasukan bertindak dengan memadam api menggunakan sumber air pili bomba dan dua pam jentera serta menunggu tangki air yang dibawa dari PPB Rantau Panjang,” katanya.
Menurut beliau, pasukan operasi memadam kebakaran terdiri 12 anggota dan pegawai serta bomba bantuan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!