Kenanga naikkan saranan 'prestasi menggalakkan' terhadap TNB
KENANGA Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menaikkan saranan penilaiannya terhadap Tenaga Nasional Bhd (Tenaga) kepada "prestasi menggalakkan” daripada "penilaian neutral” berikutan ia terus melihat nilai dalam syarikat gergasi utiliti itu selepas penurunan harga sahamnya baru-baru ini.
Bank pelaburan itu mengekalkan unjurannya ke atas syarikat tersebut dan harga sasaran sebanyak RM10.00 sesaham berikutan ia mengambil kira aliran penurunan kos bahan api.
"Dalam tempoh yang lebih lama, turun naik kos bahan api memberi impak neutral kepada Tenaga berikutan ‘over-recovery’ atau ‘under-recovery’ kos bahan api akhirnya akan beralih kepada pengguna akhir atau kerajaan dalam tempoh enam bulan lewat melalui rangka kerja Peraturan Berasaskan Insentif (IBR),” katanya dalam nota penyelidikan pada Selasa.
Menurut Kenanga IB, penurunan harga arang batu dan gas baru-baru ini sehingga 20 peratus dan 25 peratus daripada paras tertinggi telah mengesahkan belum terima Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) yang rendah untuk Tenaga.
Ia kekal memilih Tenaga berdasarkan "kedudukan dominannya dalam penjanaan tenaga, penghantaran dan pengedaran di Malaysia, pendapatannya yang disokong oleh ekonomi domestik yang berdaya tahan, aset yang sebahagian besarnya dikawal selia dan status saham berkaitan indeks saham wajaran tingginya.”
Bagi menangani kebimbangan mengenai kapasiti Tenaga yang dijana arang batu, kumpulan akan menamatkan sepenuhnya loji jana kuasa arang batu menjelang 2045 daripada 48 peratus "gen-mix” pada masa ini.
Tenaga akan memperkasakan semula loji arang batu tertentu yang ditamatkan menggunakan turbin gas kitaran gabungan (CCGT) yang amat cekap dengan bahan api yang lebih bersih seperti gas dan teknologi sedia hidrogen (teknologi hijau).
Pada masa sama, kumpulan itu turut mempunyai pelan pengembangan yang agresif untuk perniagaan tenaga boleh baharunya dengan sasaran kapasiti terpasang sebanyak c.14GW menjelang 2050 daripada 0.4GW pada masa ini.
Sehingga jam 10.44 pagi, TNB naik sembilan sen kepada RM9.14 dengan 1.37 juta saham bertukar tangan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!