Sempena Minggu Kraf London 2023

A
A
A
Tokoh Kraf Negara yang juga Adiguru Kraf Ukiran Halus, Norhaiza Noordin, 60, melakukan demostari menelepuk ketika ditemui Bernama di Pavilion Antarabangsa Malaysia yang diadakan sempena Minggu Kraf London 2023.

Telepuk adalah seni menghias tekstil yang unik menggunakan kepingan atau perada emas (serbuk berwarna emas) (gold dust) dan menjadi hak milik istana kerana seni tata hias emas ini dimiliki dan dipelihara oleh pihak istana dan pemakaiannya dikhaskan untuk keluarga diraja dan golongan bangsawan.

Seni telepuk melibatkan proses menekap motif menggunakan cop ukiran kayu (wooden block) yang bergam ke atas kain tenun benang halus yang kemudiannya dilekapkan dengan kertas emas atau perada. Bersifat mewah dan selain daripada persalinan busana penuh, kain telepuk dijadikan tanjak, samping, selendang, kain ikat pinggang dan sapu tangan yang sering dipakai untuk menghadiri majlis rasmi di istana dan sebagai pakaian istiadat perkahwinan.

Proses menelepuk kebiasaannya dibuat di atas kain cotton atau sutera yang telah digerus, iaitu satu teknik menggilap dan melicinkan kain dengan menggunakan siput gerus (Cypraea tigris).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Tinjauan Cuti Perayaan

No Image Caption
GALERI

Pulang Bercuti

No Image Caption
GALERI

Koleksi Kupu-kupu

No Image Caption
GALERI

Runtuhan tebing Sungai Kelantan