Malayan Tigress ikut jejak Harimau Muda pulang awal

Pemain Malayan Tigress berusaha mengekang kemaraan pemain Myanmar dalam aksi Kumpulan A Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Army, pada Selasa.
Pemain Malayan Tigress berusaha mengekang kemaraan pemain Myanmar dalam aksi Kumpulan A Sukan SEA Kemboja 2023 di Stadium Army, pada Selasa.
A
A
A

IMPIAN skuad bola sepak wanita negara untuk melabuh kempen Sukan SEA Kemboja 2023 dengan noktah kemenangan tidak kesampaian pada edisi 32 kali ini.

Dalam aksi terakhir kumpulan A di Stadium Army, Phnom Penh pada Selasa, Malayan Tigress tewas 1-5 kepada Myanmar.

Skuad asuhan Soleen Al-Zoubi tampil dengan misi meraih keputusan lebih positif untuk ke separuh akhir selepas tunduk kepada Vietnam (0-3) dan Filipina (0-1) sebelum ini.

Bagaimanapun tiga gol bermula dengan July Kyaw (minit ketiga) diikuti dua lagi jaringan Khin Marlar Tun (m-26', 39') menyaksikan dominasi Myanmar pada separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Malayan Tigress memperkemaskan taktikal kembali semula dalam perlawanan hasil jaringan Intan Sarah pada minit ke-58.

Namun Myanmar yang tersentak dengan jaringan itu kembali meledak dua lagi gol yang dijelmakan San Thaw Thaw pada minit ke-62' dan minit ke-82'.

Kedudukan Kumpulan A.
Kedudukan Kumpulan A.

Kekalahan itu menyaksikan Malayan Tigress mengikut jejak langkah Harimau Muda Bawah 22 (B-22) tahun yang tersingkir awal di peringkat kumpulan sebelum ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!