15 terbunuh kejadian berbalas tembakan serangan di Sri Lanka

Anggota polis memeriksa lokasi pertempuran antara pasukan keselamatan dan suspek militan di pantai timur Sri Lanka di Kalmunai.
Anggota polis memeriksa lokasi pertempuran antara pasukan keselamatan dan suspek militan di pantai timur Sri Lanka di Kalmunai.
A
A
A

COLOMBO - SRI LANKA. Tiga ahli keluarga suspek dalang utama serangan bom di Sri Lanka pada minggu lalu dilaporkan terbunuh dalam kejadian pertempuran di kediaman mereka, menurut sumber polis hari ini.

Zainee, Rilwan dan bapa mereka, Mohamed Hashim adalah antara 15 yang terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan ketika operasi dilancarkan di pantai timur negara itu pada Jumaat lalu.

Hampir 10,000 tentera ditempatkan di seluruh negara selepas Sri Lanka kini berada di peringkat berjaga-jaga.

Operasi memburu suspek turut dipertingkatkan selepas dua kumpulan militan tempatan dipercayai mendalangi serangan ganas tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, polis telah menahan dua suspek, sekali gus menjadikan jumlah tangkapan kini mencecah lebih 100 orang.

Jurucakap polis, Ruwan Gunasekera berkata, Mohamed Saadik Abdul Haq dan Mohamed Saahid Abdul Haq berada dalam senarai enam individu paling dikehendaki.

“Penahanan mereka dibuat di tengah Nawalapitiya di timur Colombo malam Sabtu lalu.

Difahamkan, hampir 140 pengikut Daesh masih diburu pihak berkuasa. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!