Warga emas ditemukan mati di ruang tamu
JOHOR BAHRU - Seorang warga emas ditemukan sudah meninggal dunia atas kerusi di ruang tamu di rumahnya di Taman Suria di sini pada Selasa.
Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penguasa Bomba Kanan II Hussin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.11 petang.
"Susulan itu, seramai tiga anggota dengan tiga jentera dihantar ke lokasi kejadian.
"Terdapat seorang mangsa iaitu lelaki warga emas berusia 69 tahun terperangkap dalam rumah itu yang terkunci.
"Pihak bomba bertindak memotong mangga 'grill' menggunakan peralatan khas dan mendapati mangsa berada atas kerusi ruang tamu," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia dan disahkan pegawai perubatan yang hadir di lokasi.
Katanya, mayat diserahkan pada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi selesai pada jam 5.44 petang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!