Peluru mortar ragut nyawa tiga beradik ketika bermain

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KANDAHAR - Tiga kanak-kanak, kesemuanya daripada keluarga yang sama, terbunuh apabila sebutir peluru mortar meletup di wilayah Kandahar di selatan Afghanistan pada Isnin, kata jurucakap polis wilayah Hafiz Saber pada Selasa, lapor Xinhua.

Peluru mortar itu, dipercayai tinggalan peperangan lalu, ditemui oleh kanak-kanak di kawasan Haji Aziz di bandar Kandahar pada petang Isnin.

Menurut pegawai itu, tiga beradik itu mula bermain dengan peluru mortar yang kemudiannya meletup secara tiba-tiba, membunuh mereka serta-merta di tempat kejadian.

Kemalangan serupa meragut nyawa seorang lelaki di wilayah Logar timur Afghanistan minggu lalu. - Bernama/ Xinhua

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!