Klip video cimpanzi scroll Instagram dikritik
NEW YORK - AMERIKA SYARIKAT. Awal minggu lalu, video menunjukkan gelagat cimpanzi leka scrolling Instragram menjadi tular di media sosial.
Haiwan tersebut turut menekan butang 'like' pada beberapa post seperti manusia. Ia telah mencetuskan pelbagai reaksi pengguna media sosial dan rata-rata menyuarakan kebimbangan berhubung kesan media sosial terhadap cimpanzi tersebut.
Pakar cimpanzi terkenal, Dr Jane Goodall turut mengkritik rakaman video tersebut dan mempersoalkan cara penjagaannya yang didakwa tidak sesuai dan bakal mendorong sindiket jual beli haram cimpanzi sebagai haiwan peliharaan.
"Saya sangat kecewa melihat video tersebut. Cimpanzi adalah haiwan sangat sosial, bijak dan mempunyai emosi yang kompleks seperti manusia. Ia seharusnya dijaga dengan baik," katanya yang menyifatkan rakaman video tersebut sebagai 'sangat bermasalah'.
Institut Jane Goodall dalam satu kenyataan memaklumkan, rakaman video tersebut dipercayai diambil daripada sebuah taman safari di South Carolina, Amerika Syarikat dan taman haiwan itu didapati pernah menjaga haiwan dengan cara yang salah sebelum ini.
Rakaman video tersebut dimuat naik Mike Holston yang menggunakan akaun @therealtarzann yang mempunyai 5.3 juta pengikut dan menggambarkan dirinya sebagai aktivis pemuliharaan dan pendidikan haiwan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!