Sukan SEA: Wushu sumbang emas ke-18

Cheong Min meraih emas ke-18 buat negara. - Foto Agensi
Cheong Min meraih emas ke-18 buat negara. - Foto Agensi
A
A
A

RATU wushu negara, Tan Cheong Min menceriakan kontinjen Malaysia apabila meraih emas pertamanya di Sukan SEA Kemboja pada Rabu.

Atlet berusia 25 tahun itu mengungguli saingan kategori Nanquan Wanita selepas mengutip 9.626 mata di Chroy Changvar Convention Centre Hall A, Phnom Penh.

Ia merupakan pingat ke-18 buat kem negara dalam misi memburu 40 emas seperti disasarkan Malaysia bagi edisi ke-32 kali ini.

Wakil Indonesia, Tasya Ayu Puspa Dewi terpaksa akur meraih perak setelah mengumpul 9.593 mata.

Atlet dari Myanmar, Aye Thitsar Myint pula ketiga selepas mengumpul 9.143 mata.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!