Silat sumbang dua emas

Reaksi Norsyakirah selepas menentang atlet Indonesia dalam acara akhir kategori Putri bawah 45kg pada Sukan SEA 2023 Phnom Penh Kemboja di Chroy Changvar Convention Center pada Rabu. - Foto Bernama
Reaksi Norsyakirah selepas menentang atlet Indonesia dalam acara akhir kategori Putri bawah 45kg pada Sukan SEA 2023 Phnom Penh Kemboja di Chroy Changvar Convention Center pada Rabu. - Foto Bernama
A
A
A

KEM pencak silat menghadiahkan dua emas buat negara dalam Sukan SEA Kemboja 2023 di Phnom Penh pada Rabu.

Pesilat negara, Norsyakirah Muksin memberikan emas pertama kategori wanita 40-45 kilogram (kg) setelah menundukkan wakil Indonesia, Suci Wulandari 36-33 dalam aksi final di Chroy Changvar Convention Center.

Kejayaan itu menyuntik semangat Norfarah Mazlan untuk turut beraksi cemerlang sekali gus menyumbang emas kedua dalam acara bawah 50kg.

Norfarah menewaskan Nadhrah Sahrin dari Singapura 23-16 pada pertarungan di peringkat akhir.

Farah ketika menentang atlet dari Singapura, Nadhrah Sahrin dalam acara akhir kategori Putri bawah 50kg pada Sukan SEA 2023 Phnom Penh Kemboja di Chroy Changvar Convention Center pada Rabu. Foto Bernama

Pesilat dari Sabah itu berada pada tahap terbaik dengan kemenangan selesa mengatasi Nadhrah.

Ia merupakan emas ke-17 buat negara dalam misi memburu sasaran 40 emas bagi edisi ke-32 kali ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!