Belum masa sesuai undang BTS ke Malaysia

Syed Mikael
Syed Mikael
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Hasrat Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk membawa artis K-Pop, BTS ke negara ini bukan keutamaan buat masa ini.

Ketua Penerangan Angkatan Belia Islam Malaysia Pulau Pinang (ABIMPP), Syed Mikael Rizal Aidid berkata, selaku ketua yang bertanggungjawab dalam tonggak pembangunan belia di negara ini, Syed Saddiq perlu melihat dimensi luar untuk mendapatkan keuntungan daripada industri pelancongan.

"Ada banyak lagi perkiraan untung rugi yang perlu dinilai, yang pastinya tidak terbatas dengan penilaian material.

"Adakah terbangun minda anak muda Malaysia dengan BTS? Terbelakah masa depan anak muda kita dengan BTS? Selesaikah masalah pengangguran golongan tersebut dengan kehadiran kumpulan BTS di negara ini?," katanya.

Syed Mikael berkata, lebih meresahkan lagi, kos untuk membawa masuk kumpulan K-POP ini bakal menelan jutaan ringgit di saat ekonomi kita masih bertatih untuk bangkit semula.

Beliau berkata lagi, ketika ini, ribuan anak muda masih belum mendapat pekerjaan selain gejala sosial yang berleluasa.

"Sewajarnya perbelanjaan besar itu diperuntukkan untuk misi pembinaan kekuatan akal budi dan penambahbaikan hidup generasi muda Malaysia.

"Idea untuk membawa kumpulan BTS ataupun mana-mana artis luar adalah amat tidak wajar dan lebih baik digantikan dengan program-program yang mampu membina akhlak dan menjadikan belia negara kita kompeten berbanding negara-negara jiran," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!