JAINJ jalankan siasatan dakwaan murid sekolah agama dijemur

Mohd Fared dan tangkap layar aplikasi TikTok berhubung dakwaan seorang ibu mengenai anaknya yang berusia 7 tahun dijemur di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.
Mohd Fared dan tangkap layar aplikasi TikTok berhubung dakwaan seorang ibu mengenai anaknya yang berusia 7 tahun dijemur di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah diarahkan memulakan siasatan berhubung video tular seorang ibu mendakwa anaknya dijemur di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.

Exco Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid berkata berkata, Pejabat Pendidikan Islam Daerah (PPID) juga telah digerakkan bagi mendapatkan laporan mengenai kejadian terbabit.

"Kita sedia maklum mengenai kejadian yang tular itu dan sudah minta Bahagian Pendidikan Islam JAINJ dan PPID siasat serta siapkan laporan lengkap mengenai kejadian itu.

"Siasatan akan dilakukan dengan terperinci," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sebelum itu, tular di aplikasi TikTok, seorang ibu mendakwa anaknya berusia 7 tahun dijemur di bawah terik matahari dipercayai berlaku di sebuah sekolah agama di Pasir Gudang.

Wanita berkenaan mendakwa anaknya didenda kerana datang lambat ke sekolah dan kejadian itu berlaku sekitar jam 2 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!