Sila log masuk terlebih dahulu.

Azam Baki dilantik semula sebagai KP SPRM

A
A
A

BERITA SEMASA 10 MEI 2023

Tan Sri Azam Baki dilantik semula sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, berkuat kuasa Jumaat ini.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pelantikan semula Tan Sri Azam adalah untuk tempoh selama setahun dan diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Tan Sri Azam yang sudah berkhidmat selama 36 tahun dengan SPRM, mula memegang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM pada 9 Mei 2020.

Beliau menggantikan Latheefa Beebi Koya, yang mengambil keputusan memendekkan kontrak perkhidmatannya selaras dengan subseksyen 5(3) Akta SPRM 2009.

Artikel: https://bit.ly/3VN3XcZ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian