Inter belum selamat - Inzaghi

Inter mendapat bekalan selesa menjelang aksi timbal balik Rabu depan. - Foto AFP
Inter mendapat bekalan selesa menjelang aksi timbal balik Rabu depan. - Foto AFP
A
A
A

SIMONE Inzaghi menegaskan Inter Milan masih belum selamat walaupun berjaya melakar kemenangan 2-0 ke atas AC Milan dalam aksi separuh akhir Liga Juara-Juara pada awal pagi Khamis.

Inter hanya memerlukan 11 minit untuk meledak dua gol menerusi Edin Dzeko dan Henrikh Mkhitaryan untuk membawa bekalan selesa sebelum aksi timbal balik pada Rabu depan.

"Kami boleh menjaringkan lebih daripada dua gol, tetapi ini perlawanan yang hebat. Kami telah melalui beberapa perlawanan seperti ini dan kami tahu kami berada di hadapan.

"Sekarang akan ada perlawanan kedua, kami akan mendapat sokongan daripada peminat kami dan kami tahu bahawa kami masih perlu melakukan usaha yang luar biasa untuk merealisasikan impian," katanya.

Dalam pada itu, Dzeko memberi amaran kepada rakan sepasukannya supaya tidak terlalu bergembira menjelang perlawanan kedua.

"Jelas sekali kami tahu kami mempunyai keputusan yang baik tetapi kami perlu berwaspada dengan perlawanan timbal balik itu nanti.

"Walaupun selepas ini kami akan menjadi tuan rumah, tetapi sebenarnya ia adalah perlawanan di tempat sendiri untuk mereka hanya di hadapan penyokong kami.

"Kami perlu berhati-hati kerana mereka adalah pasukan yang bagus tetapi jika kami bermain seperti hari ini, kami berada di laluan yang baik," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!