Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

'Hairan nama saya diheret kes rasuah bawah KDN' - Hamzah

A
A
A

BERITA SEMASA 11 MEI 2023

Bekas Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tindakan memetik namanya dalam pertuduhan terhadap seorang 'datuk seri' pada Rabu bertujuan untuk mencemarkan reputasinya.

Ia susulan tindakan SPRM telah mengenakan empat pertuduhan rasuah terhadap seorang individu bernama Datuk Seri Sim Choo Thiam.

Menurutnya, pertuduhan tersebut ada menyebutkan bahawa ia membabitkan projek-projek di bawah KDN semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri.

Tambah Ahli Parlimen Larut itu, lebih janggal apabila keterangannya hanya dirakam pada petang Rabu, bermula kira-kira jam 4.30 petang hingga 7 malam oleh pegawai SPRM selepas pertuduhan ke atas Choo Thiam telah dibawa ke mahkamah.

Jelasnya, pertuduhan itu jelas bertujuan untuk merosakkan nama baiknya, Parti Pribumi Bersatu dan Perikatan Nasional.

Datuk Seri Hamzah berkata, namanya sengaja diheret dalam pertuduhan itu kerana kerajaan bimbang dengan kekuatan Perikatan Nasional dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Pada Rabu, seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Seri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah KDN pada Jun dan Julai tahun lalu.

Sim Choo Thiam, 54, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian