Malaysia dominasi acara terjun

Enrique Maccartney Harold
Enrique Maccartney Harold
A
A
A

PENERJUN negara, Enrique Maccartney Harold berjaya memenangi emas dalam acara platform lelaki pada Khamis sekali gus menyaksikan negara terus mendominasi acara terjun di pentas Sukan SEA.

Enrique yang membuat penampilan pertama dalam temasya dwitahunan itu berjaya mengumpul 442.95 mata untuk meraih pingat emas ke-22 untuk kontinjen Malaysia.

Seorang lagi penerjun negara, Bertrand Rhodict Lises berjaya memenangi pingat perak dengan pungutan mata 384 dan pingat gangsa pula dimenangi penerjun dari Singapura, Max Lee Shen Oon 362 mata.

Kejayaan Enrique itu melengkapkan kejayaan pasukan terjun kebangsaan untuk memenangi semua empat acara yang dipertandingkan pada Sukan SEA di Kemboja kali ini.

Secara keseluruhan, kontinjen terjun negara menyumbang empat pingat emas, dua pingat perak dan satu gangsa melepasi sasaran tiga pingat emas, tiga pingat perak dan dua pingat gangsa yang ditetapkan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!