27 cedera jambatan pejalan kaki runtuh
HELSINKI - Seramai 27 orang cedera kebanyakannya kanak-kanak selepas jambatan pejalan kaki runtuh di Helsinki, Findland pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Insiden itu melibatkan jambatan sementara berhampiran tapak pembinaan di Espoo, menurut Twitter perkhidmatan kecemasan.
Menurut penyiar Yle, ketika kejadian sekumpulan pelajar sekolah berada di jambatan itu.
Seramai 15 mangsa yang cedera telah dibawa ke beberapa hospital.
Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!