Ahmad Zahid tiba di Menara Dato' Onn sempena ulang tahun UMNO
KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilihat tiba di Surau Ar Rahman, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Khamis jam 7.35 petang.
Kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu adalah bagi Sambutan Ulang Tahun UMNO ke-77 yang diadakan di bangunan tersebut bersama pimpinan UMNO yang lain.
Antara pemimpin UMNO yang turut hadir adalah Naib Presiden UMNO, Mohammad Hassan yang tiba pada 6.05 petang; Naib Presiden UMNO, Datuk Johari Ghani dan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Aturcara itu turut melibatkan pembacaan amanat daripada Presiden UMNO selepas bacaan surah yasin, tahlil dan doa selamat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!