Aplikasi Digi Police takutkan penyerang seksual
TOKYO - Jabatan Polis Metropolitan di Tokyo telah membangunkan aplikasi telefon pintar percuma yang dapat membantu menakutkan penyerang seksual selain mengaktifkan penggera keselamatan.
Setakat ini, aplikasi Digi Police itu telah dimuat turun lebih 220,000 kali.
Ia turut mengeluarkan suara 'Berhenti!' apabila aplikasi itu diaktifkan dan mengeluarkan mesej, ‘Ada penyerang seksual. Tolong saya,’ pada skrin.
Aplikasi itu direka untuk mereka yang takut untuk membuat panggilan kecemasan, namun mereka masih boleh menunjukkan mesej tersebut kepada orang sekeliling.
Selain itu, pengguna juga boleh menghantar e-mel kepada keluarga atau penjaga untuk memaklumkan tentang ancaman dan lokasi terkini mereka.
Difahamkan, Digi Police yang diperkenalkan sejak Mac 2016 itu pada mulanya bertujuan untuk digunakan oleh pihak berkuasa ke atas individu mencurigakan dan kes penipuan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!