Atur perlawanan, Shakhtyor Soligorsk dilucutkan juara BPL

Soligorsk dikenakan pemotongan mata musim ini dan musim depan. - Foto Agensi
Soligorsk dikenakan pemotongan mata musim ini dan musim depan. - Foto Agensi
A
A
A

JUARA Belarus, Shakhtyor Soligorsk dilucutkan gelaran Liga Perdana Belarus (BPL) dimenangi musim lalu selepas didapati bersalah mengatur perlawanan.

Persekutuan Bola Sepak Belarus (BFF) berkata, The Miners kendalian Aleksey Baga yang ditubuhkan 1961 itu juga dikenakan pemotongan 30 mata musim ini dan 20 pada musim depan.

"BFF mendapati pegawai kelab mengatur pengaturan perlawanan dan menawarkan insentif kewangan haram kepada pasukan lain dalam liga," kata BFF.

Sebagai rekod, Soligorsk merupakan antara kelab berprofil tinggi Belarus berstatus juara BPL tiga kali 2005, 2020 dan 2021 beroperasi di Stadium Stroitel berkapasiti 4,200 penonton.

Gergasi Belarus, BATE Borisov yang juga juara 15 kali BFL akan mengambil tempat Shakhtyor dalam kelayakan Liga Juara-Juara musim depan.

Dalam pada itu, dua lagi kelab, Energetik-BGU Minsk yang merupakan naib juara musim lalu, dan Belshina Bobruisk turut dikenakan potongan mata selepas didapati terlibat dalam mengatur perlawanan.

Musim bola sepak Belarusia dijadualkan berlangsung dari Mac hingga November.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!