Ramal PN berpecah: Ahmad Fadhli tempelak Ahmad Zahid

Ahmad Zahid, Ahmad Fadhli
Ahmad Zahid, Ahmad Fadhli
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menempelak kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung gabungan parti pembangkang itu yang dijangka akan berpecah tidak lama lagi.

Ahmad Fadhli dalam nada berkias turut mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen Bagan Datuk yang menuding jari pada pihak lain dan menyifatkan kedudukan BN umpama ‘menumpang di dapur orang’.

“Kaki tempang tidak bersarang, sang merpati tidak berlari, tuan menumpang di dapur orang, ada hati menuding jari?” soalnya dalam siaran di Facebooknya pada Jumaat.

Pada Khamis, media melaporkan Ahmad Zahid menjangkakan gabungan parti-parti yang didakwanya konon-konon memperjuangkan kaum Melayu akan berpecah tidak lama lagi.

Beliau dalam ucapan amanat ulang tahun UMNO pada Khamis itu, berkias dengan menyorot semula insiden perpecahan dalaman yang dialami salah satu parti komponen gabungan pembangkang tersebut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!