West Ham bangkit atasi Alkmaar

Antonio meraikan jaringan bersama pemain-pemain West Ham lain di Stadium London. - Foto Agensi
Antonio meraikan jaringan bersama pemain-pemain West Ham lain di Stadium London. - Foto Agensi
A
A
A

WEST Ham United bangkit ketinggalan separuh masa pertama untuk menewaskan kelab Belanda, AZ Alkmaar 2-1 pada separuh akhir pertama Liga Konferensi Europa di Stadium London pada Jumaat.

The Hammers kendalian David Moyes itu kini berada dalam kedudukan yang terbaik untuk mara ke final Eropah pertama sejak 1976 menjelang timbal balik kedua di Alkmaar, Jumaat depan.

Said Benrahma menyamakan kedudukan pada minit ke-67 apabila memanfaatkan sepakan penalti hasil kesilapan penjaga gol AZ, Matt Ryan.

Gol penyamaan itu kemudian disusuli penyudah sempurna Michail Antonio untuk gol kemenangan West Ham sembilan minit kemudian selepas sentuhan Nayef Aguerd ditepis Yukinari Sugawara dimanfaatkan tonggak berusia 33 tahun berkenaan.

Namun sebelum itu percubaan jarak jauh Tijani Reijnders pada minit ke-41 menewaskan penjaga gol West Ham Alphonse Areola memastikan pasukan kendalian Pascal Jansen memimpin separuh masa pertama.

Dalam pada itu, Antonio mengakui Kaaskoppen bukan lawan mudah ditambah rekod baik dalam lapan kemenangan di Stadium AFAS perlawanan kejuaraan tahap tiga Eropah tersebut.

"Kami tahu AZ adalah pasukan yang baik terutamanya apabila beraksi di laman sendiri.

"Ya, kami menyukarkan situasi apabila melepaskan satu gol pada separuh masa pertama.

"Tetapi kami akan membawa semangat kemenangan 2-1 ke tempat mereka dan moga mendapat kemenangan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!