Warga emas ditemui meninggal dunia atas bumbung rumah

Anggota bomba ketika menurunkan mayat mangsa.
Anggota bomba ketika menurunkan mayat mangsa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang warga emas ditemui sudah tidak bernyawa di atas bumbung rumahnya di Jalan Kebangsaan 42, Taman Universiti, Skudai, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, mangsa Chen Lay Hwa, 62, dipercayai pada mulanya menaiki ke bahagian atas rumahnya dengan ketinggian 4.57 meter itu untuk membaiki bumbung.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Skudai, Pegawai Bomba Kanan II, Inggai Anak Bakau berkata, pihaknya menerima laporan untuk membawa turun mayat lelaki itu kira-kira jam 8.39 malam.

"Seorang lelaki disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi dan bomba diminta untuk membawa turun mangsa, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan seterusnya.

"Menurut anak mangsa, ayahnya berada di situ untuk membaiki bumbung berkenaan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan mengenai kematian mangsa itu.

"Punca kematian masih dalam siasatan dan kita masih menunggu laporan keputusan dari pihak hospital kerana mangsa dipercayai mempunyai rekod kesihatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!