Sidang Kemuncak ASEAN ke-42
A
A
A
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan sidang kali ini sangat bermakna, produktif dan berjaya mencapai matlamat selari dengan temanya "ASEAN Matters: Epicentrun of Growth".
Antara kerjasama yang disepakati pemimpin ASEAN termasuk dalam bidang ekonomi, ekosistem kereta elektrik, pelaksanaan urus niaga dalam mata wang tempatan negara masing-masing dan pembayaran digital antara negara.
Kerjasama yang konkrit membuktikan kepada dunia ASEAN masih teguh dan bersatu meskipun sesetengah pihak menganggap blok serantau "agak lemah" dalam menangani cabaran semasa.
Pemimpin-pemimpin ASEAN akan sekali lagi bertemu di Jakarta pada September ini untuk sidang kemuncak ke-43 bagi membahas lebih lanjut perkembangan dan pengukuhan kerjasama bersama negara-negara ASEAN Plus.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!