Sri Lanka larang pakai purdah
COLOMBO - SRI LANKA Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena semalam mengumumkan larangan pemakaian purdah seminggu selepas serangan ganas yang meragut 253 nyawa di negara itu pada minggu lalu.
Pengumuman itu dibuat di bawah perintah darurat yang diumumkan di negara itu pada minggu lalu.
Pejabat presiden dalam satu kenyataan memaklumkan larangan purdah atau niqab itu akan berkuat kuasa pada hari ini.
"Ia adalah untuk memastikan keselamatan negara. Tiada siapa perlu menutup muka mereka untuk menyukarkan proses kenal pasti identiti," jelasnya lagi.
Penduduk Islam hanya meliputi kira-kira 10 peratus daripada 21 juta populasi penduduk di negara itu.
Kebanyakan penduduk Islam mengamalkan prinsip liberal dan hanya segelintir mengenakan niqab. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!