30 hektar hutan terbakar dekat Jalan Pekan-Nenasi

Anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran hutan berhampiran Ladang KMT Jalan Pekan-Nenasi di sini pada Sabtu. - Foto Bomba
Anggota bomba yang terlibat dalam operasi pemadaman kebakaran hutan berhampiran Ladang KMT Jalan Pekan-Nenasi di sini pada Sabtu. - Foto Bomba
A
A
A

PEKAN - [DIKEMAS KINI] Kawasan hutan seluas kira-kira 30 hektar berhampiran Ladang KMT Jalan Pekan-Nenasi dekat sini mengalami kebakaran pada Sabtu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada jam 7.55 pagi.

Menurutnya, seramai sembilan anggota bersama seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan bersama dua jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Wan Mohammad (kanan) ketika melihat hasil rakaman dron yang dilakukan oleh NGO yang turut membantu dalam operasi tersebut. - Foto Bomba
Wan Mohammad (kanan) ketika melihat hasil rakaman dron yang dilakukan oleh NGO yang turut membantu dalam operasi tersebut. - Foto Bomba

"Operasi pemadaman turut mendapat bantuan lima anggota dari BBP Peramu dan empat lagi dari BBP Nenasi bersama beberapa buah jentera.

"Pasukan membuat pemadaman dengan menggunakan empat unit pam mudah alih GP 10/10 aliran 400 kaki 4 breaching dan lapan muncung sumber air terbuka," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pemadaman turut dibantu 11 pekerja ladang serta menerima bantuan jengkaut.

Pelbagai usaha dilakukan dalam operasi pemadaman tersebut. - Foto Bomba
Pelbagai usaha dilakukan dalam operasi pemadaman tersebut. - Foto Bomba

"Pihak kita juga menerima bantuan dron daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan(NGO) bagi memantau lokasi kebakaran dari udara," katanya,

Pengarah JBPM Pahang, Datuk Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa turut hadir ke lokasi kejadian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!