Indeks Kebebasan Media Malaysia tingkat keyakinan pelabur asing

Fahmi Fadzil - Foto Bernama
Fahmi Fadzil - Foto Bernama
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Pencapaian Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2022, diyakini mampu menjadi antara faktor peningkatan keyakinan pelabur asing untuk melabur di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, ini kerana pelaporan media tanpa berselindung merupakan antara kayu ukur pelabur asing sebelum mereka membuat keputusan meletakkan pelaburan lebih RM25 bilion untuk 10 tahun ke depan di negara ini.

"Semestinya laporan daripada Reporters Withour Borders (RSF) yang diterbitkan Rabu lalu menunjukkan Malaysia berada pada kedudukan ke-73 dalam indeks kebebasan media antarabangsa dan ini pencapaian sangat luar biasa dan tertinggi dalam sejarah.

"Ini saya yakin akan memberi satu keyakinan tambahan kepada para pelabur bahawa media di Malaysia akan menjalankan tugas sebagai salah satu tiang seri demokrasi membuat pelaporan yang tidak akan berselindung, terutama dalam aspek tatakelola (kerajaan) akan beri keyakinan lagi kepada pelabur lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Sesi Townhall Bersama Menteri dan Warga Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di Auditorium RTM, di sini pada Sabtu.

Katanya, pencapaian itu berserta dasar kerajaan yang mampan akan berupaya menarik lebih banyak pelaburan.

Dalam indeks berkenaan, kedudukan Malaysia meningkat kepada 113 dengan 51.55 mata berbanding tahun sebelumnya pada kedudukan 119 (60.53 mata).

Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi di ASEAN, diikuti Thailand di kedudukan ke-115, Indonesia (117), Singapura (139), Kemboja (142), Brunei (144), Filipina (147), Laos (161), Vietnam (174) dan Myanmar (176). - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!