Hari Terbuka Armada TLDM
Anggota Tim Menggeledah ketika melakukan demonstrasi kejar mengejar dan penahanan musuh pada Hari Terbuka Armada Tentera Laut Diraja Malaysia (TDLM) sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke- 89 di Pengkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, hari ini.
Lebih 5,000 pengunjung membanjiri Pengkalan TLDM Tanjung Gelang bagi melihat dengan lebih dekat aset-aset yang digunakan oleh TLDM bagi mengawal keselamatan perairan negara.
Orang ramai masih berpeluang untuk mengunjungi Hari Terbuka Armada ini yang diadakan selama dua hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang dan akan berakhir esok. - Foto Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!