'Tak sangka markas UMNO jadi tempat penyatuan semua parti'

Fadhlina
Fadhlina
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fadhlina Sidek tidak menyangka Pusat Dagangan Dunia (WTC) yang merupakan markas seteru politk lamanya itu UMNO, kini menjadi tempat menyatukan kesemua parti kerajaan di bawah Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Nibong Tebal itu berkata, ia secara tidak langsung mencerminkan kesatuan seluruh gagasan tersebut serta persediaan lebih kukuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.

“Rakan-rakan seperjuangan, tidak tergambar ini dewan bermastautin UMNO/BN ini bermukimnya kekuatannya Wanita Perpaduan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada mereka yang hadir pada hari ini.

"Ayuh pulang dengan penuh iltizam untuk menang di enam negeri pada PRN,” katanya ketika memberi ucapan semasa Konvensyen Wanita Perpaduan di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Pendidikan turut menyentuh mengenai sekolah daif yang sering menjadi isu.

Jelasnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memastikan masalah tersebut dapat diselesaikan dengan sebaik mungkin bagi memastikan setiap pelajar tanpa mengira bangsa dan agama dapat menikmati pendidikan dengan lebih selesa.

Ujar Fadhlina, perkara tersebut selaras dengan enam Rukun Madani yang diterapkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Agenda ini harus dipastikan sampai ke seluruh rakyat jelata, ia merupakan komitmen kita sebagai Kerajaan Perpaduan,” jelas beliau.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!