Libatkan anak muda dalam proses buat keputusan

Nicole berucap pada pusingan kedua sesi forum bertajuk ‘Politik Sebagai Wadah Anak Muda Membina Bersama Negara’ pada Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan 2023 sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
Nicole berucap pada pusingan kedua sesi forum bertajuk ‘Politik Sebagai Wadah Anak Muda Membina Bersama Negara’ pada Konvensyen Nasional Pemuda Puteri Kerajaan Perpaduan 2023 sempena Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Golongan belia sepatutnya dilibatkan dalam sebarang proses membuat keputusan kerana anak muda sentiasa mempunyai idea yang bernas dan segar.

Ketua Pemuda MCA Kebangsaan, Datuk Nicole Wong Siaw Ting berkata, dengan penglibatan anak muda, keputusan dan cadangan yang diberikan diyakini akan dicapai dengan baik.

“Selain itu, antara lain adalah kena berkomunikasi dengan orang muda melalui sosial media, platform digital.

"Bukan sahaja buat hantaran tetapi berinteraksi dengan orang muda. Kemudian kamu akan dapat banyak idea yang segar,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Konvensyen Pemuda Perpaduan 2023 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Ahad.

Dalam masa sama, beliau turut menggesa supaya parti dalam kerajaan membentuk kelompok sukarelawan khususnya terdiri daripada orang muda.

“Kenapa? Sebab macam saya cakap, akan dapat banyak idea baharu. Kalau tidak bentuk kelompok (anak muda), kita juga yang akan rugi. Sebagai kerajaan, saya gesa parti politik lakukannya,” ujarnya.

Tambah beliau, kolaborasi bersama Ketua Pendapat Utama (KOL) perlu dilakukan bagi menarik minat lebih ramai anak muda.

“Lakukan kolaborasi dengan KOL. Kenapa? Bandingkan satu pembentangan yang dilakukan oleh KOL, dalam masa sama, saya juga buat pembentangan. Mana yang lebih menarik? Semestinya KOL,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!